1 Ibnu Qayyum......


1 Ibnu Qayyum

Itulah nama kelas pertama yang diamanahkan pada diri penulis untuk menjaganya. Alhamdulillah...dengan adanya guru yang lebih berpengalaman seperti Cikgu Zuraidah, telah banyak mengajar penulis dalam menjadi seorang guru yang "terbaik" dikalangan "yang terbaik".

Begitu banyak kenangan dan pengalaman yang penulis lalui sepanjang tahun 2009 bersama-sama kelas 1 Ibnu Qayyum. Karenah dan gurau senda anak-anak didik sedikit sebanyak mengubat juga kepenatan dek kerana kesana kemari dalam menjalankan amanah yang diberikan.

Zuhaili dan Izzat Shauqi telah dilantik menjadi ketua dan penolong ketua kelas untuk 1 Ibnu Qayyum. Alhamdulillah... mereka bukan sahaja dapat menjadi pentadbir yang baik malah mereka juga sedikit sebanyak berjaya menjalankan 'amar ma'ruf dan nahi mungkar didalam kelas.

Walaupun penulis "agak garang" bagi pelajar-pelajar SRICU, 1 Ibnu Qayyum masih lagi boleh bergurau senda dengan guru kelas mereka. Mungkin kerana mereka dah dapat menerima "garangnya" guru mereka iaitu Ustaz Mohamad. (^_^)

Harapan penulis pada 1 Ibnu Qayyum (2009) , agar menjadi anak yang soleh dan solehah seterusnya berjaya didunia dan akhir.... insyaAllah!

0 comments:

Pembakar semangat