KaMi aNaK SoLeH!

Kami aNaK SoLeH!

Kerap kali juga "laungan keramat" ini bergema di Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi. Itulah juga antara matlamat penubuhan Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi ini (pendapat penulis sahaja). Bila mana memikirkan keadaan dunia diluar sana, pasti sahaja menggerunkan para ibubapa untuk melepaskan anak mereka dari pandangan mata.

Anak-anak Cahaya Ummi Islamic School diajar dan dididik dengan "ramuan" Islam sebaiknya (insyaAllah...). Melangkah sahaja kaki mereka ke perkarangan sekolah, akan disaji dengan alunan ayat suci Al-Qur'an yang dibuka setiap pagi. Perhimpunan pula akan dimulai dengan bacaan ikrar sekolah yang diambil isinya daripada "himpunan doa-doa masyur Nabi Muhammad s.a.w." karangan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.

Kemudian diikuti dengan membaca "99 nama Allah" secara beramai-ramai ditapak perhimpunan. Lanjutan daripada itu, akan membaca "mathurat" pula. Yang mana, pembacaannya akan diketuai daripada kalangan pelajar sendiri. Selesai semua itu, barulah ucapan daripada guru bertugas dan juga ucapan guru besar yang sangat disayangi pelajar-pelajar.

Sebelum beredar dari tapak perhimpunan, pelajar-pelajar akan berzikir sambil berjalan masuk kedalam kelas masing-masing untuk bersiap ke kelas yang telah ditetapkan untuk mengikuti kelas hafazan. Bagi pelajar-pelajar yang telah "masuk Al-Qur'an" akan ditempatkan disurau untuk menghafaz dan ditasmi' oleh Ustaz ataupun Ustazah. Bagi pelajar-pelajar yang masih lagi "membaca Iqra' " , mereka akan ditempatkan didalam 4 kelas berasingan. Yang mana, setiap kelas akan dijaga oleh guru agama masing-masing.

Itulah serba sedikit "tarbiyah" yang disediakan oleh pihak sekolah untuk ANaK-aNaK didik SRICU. Tambahan daripada semua itu, mereka akan solat Zohor dan Asar secara berjemaah untuk melepaskan syarat balik kerumah. Selagi mana tidak solat Asar secara berjemaah, para pelajar tidak dibenarkan untuk pulang kerumah.

Proses pendidikan bukanlah dalam masa yang singkat. Ianya memerlukan masa untuk melihat hasilnya. Mungkin 1 tahun, 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun dan mungkin juga 30 tahun akan datang. Apa yang penting sebagai seorang guru adalah "terus dan terus". Jangan mudah berputus asa diatas karenah yang ditunjukkan oleh anak didik sendiri. Biarpun mereka tidak sedar pada waktu ini, mana tahu esok lusa mereka akan terdiam seketika memikirkan perkara yang kita sebut ataupun yang kita buat untuk mereka.

Hanya doa Anak yang SoLeH mampu untuk menyelamatkan kedua ibubapanya daripada diseksa oleh Allah s.w.t...

0 comments:

Pembakar semangat