
Bismillahirrahmanirrahim...
Beginilah rutin harian bagi seorang insan yang digelar "pakcik lee". Bukan pergi sahaja, malah balik pun beginilah keadaannya. Pakcik Lee akan menghantar murid-murid ke sekolah SRICU dan juga mengambil semula pada sebelah petang di SRICU.
Apa yang difahamkan kepada penulis, pakcik lee juga turut menghantar pelajar-pelajar Tadika Cahaya Ummi yang duduk jauh. Kadang-kadang sampai tak terkejar pakcik lee untuk ke Masjid dikala orang lain sibuk untuk mengerjakan solat jumaat.
Tapi, itulah yang akan diharungi oleh seorang insan yang digelar "pakcik lee". Bagi penulis, bukan senang untuk membuat kerja seperti pakcik lee. Tambahan pula, penulis pernah diberitahu berkenaan yuran pengangkutan yang dikenakan tersangatlah berbaloi bagi para ibubapa yang ingin anak mereka datang dan pergi kesekolah berambil.
Bayangkan sekiranya pakcik lee bercuti selama 1 hari, penulis yakin bahawa ramai dikalangan murid SRICU tidak dapat hadir kesekolah kerena tiada pengangkutan untuk membawa mereka.
Penulis mendoakan semoga pakcik Lee diberi nikmat kesihatan yang baik untuk meneruskan kerja yang sungguh murni ini. Membawa bakal-bakal pejuang islam pergi menuntut ilmu. Semoga dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah s.w.t. selalu...
C.L.I.F. Returns For Season 5 With New Leads Rebecca Lim and Pierre Png
7 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan