
Akan cuba sedaya upaya meninggalkan jejak, yang mana dengan harapan agar orang yang mengikutinya akan selamat sampai kedestinasi yang mesti ditujui.
Sedar ataupun tidak, setiap hari diri kita akan meninggalkan jejak. Tak kiralah jejak yang jelas ataupun jejak yang tidak berapa jelas. Begitu juga jejak yang selamat mahupun jejak yang bahaya.
Untuk itu, setiap kali kita melangkah... perhatikanlah jejak yang akan kita tinggalkan. Adakah ianya satu jejak yang baik ataupun jejak yang binasa. Biasakanlah diri kita untuk berpatah balik sekiranya tersalah jalan. Bukan sahaja dapat menyelamatkan diri kita, ianya juga dapat menyelamatkan orang yang akan mengikut jejak langkah kita.
Wallahu'alam....
C.L.I.F. Returns For Season 5 With New Leads Rebecca Lim and Pierre Png
7 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan