
Maisarah , Nur Imanina Nabila , Hidayatul Farhana
3 orang pelajar yang kebetulan berada didalam bilik guru ketika penulis sedang memegang Handphone. Tiba-tiba penulis teringat akan blog yang baru sahaja dibuka, tetapi tidak banyak info yang berjaya dipost. Lalu menyuruh mereka duduk rapat-rapat untuk mengambil gambar.
Penulis ingin menceritakan serba sedikit berkenaan pelajar-pelajar didalam gambar ini. Mungkin sebagai cerita dikala kelapangan ataupun untuk menghiburkan hati dengan telatah anak-anak kecil ini.
MAISARAH
Berusia 8 tahun.Sekarang berada di kelas 2 Uthman Al-Affan. Seorang pelajar yang sangat aktif. Tidak kira waktu datang kesekolah ataupun balik, masih lagi kekal aktifnya. Jika tidak masuk subjek KAFA, Maisarah adalah yang paling pandai didalam kelasnya pada tahun lepas. Iaitu 1 Ibnu Qayyum. Tapi bilamana masuk sahaja subjek KAFA, kedudukannya didalam kelas telah jatuh ketangga 6-7. Penulis pernah tanya kepada maisarah berkenaan subjek agama, maka jawapannya "susah la ustaz" dengan dahi dikerutkan. Walaupun begitu, maisarah tidak pernah berputus asa didalam mendalami ilmu agamanya. Dia kerap kali bertanya kepada penulis berkenaan perkara-perkara agama yang tidak dapat difahaminya.
Peristiwa yang paling tidak dapat dilupakan penulis adalah bilamana penulis dan cikgu zuraidah ada mengatakan yang kami akan menghias kelas. Bukan main seronok lagi Maisarah dan kawan-kawannya. Tapi, hari demi hari... kelas masih lagi tidak lengkap "hiasannya". Dan setiap kali hari berlalu itu jugalah Maisarah akan datang kepada penulis dan Cikgu Zuraidah untuk bertanyakan tentang "bila nak hias kelas". Walaupun letih melayan, tapi kadang-kadang tuh geli hati juga dibuatnya. Sampaikan Maisarah berkata "ustaz nanti saya minta kat mak saya duit untuk hias kelas ni yer" dengan muka cerianya. Walaupun dia tahu duit kutipan kelasnya sudah selesai dibayar, dia berkeras juga ingin membayar lagi. Dengan beranggapan bilamana dia membayar lebih, kelas akan segera diceriakan. (^_^)
NUR IMANINA NABILAH
Berusia 9 tahun. Sekarang berada dikelas 3 Abu Hurairah. Seorang pelajar yang aktif didalam kelas mahupun diluar kelas. Kerap kali juga mengusik kawan-kawan sekelas mahupun kawan-kawan dari kelas yang lain.Memandangkan dia berada di kelas 3 Abu Hurairah, maka guru kelasnya pun selalu diusik. Walaubagaimanapun, Nabilah seorang pelajar yang pandai didalam kelasnya. Dia sangat rajin untuk bertanya jika tidak tahu. Sekiranya masih belum mendapatkan jawapan yang memuaskan hatinya, maka guru tersebut akan serinng didampinginya sehingga dia beroleh jawapan.
Nabilah adalah seorang Pengawas Pusat Sumber. Ini menjadikan dirinya lebih menyerlah daripada kawan sekelas. Dia menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin walaupun baru berusia 9 tahun.
HIDAYATUL FARHANA
Berusia 9 tahun. Sekarang berada dikelas 3 Abu Hurairah. Merupakan seorang pelajar yang tidak banyak berkata-kata tetapi aktif dari segi kelakuan. Apa yang penulis nampak, Farhana mempunyai ramai kawan baik. Dia tidak terlalu memilih didalam berkawan. Walaupun Farhana baru sahaja masuk sekolah SRICU pada tahun 2009, tetapi sudah mampu bersaing dengan kawan-kawannya yang dari darjah satu masuk SRICU. Farhana adalah seorang pelajar yang rajin didalam kelas. Dia juga merupakan Ketua Kebersihan didalam kelas 3 Abu Hurairah. Segala hal kebersihan dan keceriaan kelas, adalah dibawah tanggungjawab dirinya.
Serba sedikit mengenai anak didik penulis. Penulis doakan mereka menjadi anak yang solehah!... insyaAllah... amin
C.L.I.F. Returns For Season 5 With New Leads Rebecca Lim and Pierre Png
7 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan