CiKgU! saya nak masuk syurga!


Ustazah! saya nak masuk syurga. huuu...huuuu

Antara yang boleh dijadikan panduan
1)Cinta kepada Allah s.w.t.
2)Cinta kepada Rasulullah s.a.w.
3)Cinta kepada Ibubapa
4)Cinta Guru dan kawan-kawan
5)Cinta kepada Kecemerlangan



Bagaimana nak cinta kepada Allah?. Buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang.

Bagaimana cinta kepada Rasulullah?. Banyakkan selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w. dan juga ikutilah apa yang telah disebut dan dibuat oleh Rasulullah s.a.w.

Bagaimana cinta kepada Ibubapa?. Buktikannnya melalui kecemerlangan didalam pendidikan. Disamping itu, jangan pernah buat muka ataupun buat ibubapa terasa hati.Sentiasa hormat kepada kedua ibubapa

Bagaimana cinta kepada Guru dan kawan-kawan?. Banyakkan memberi salam kepada kawan-kawan dan guru. Banyakkan senyum kerena senyum itu adalah satu sedekah. Setiap apa yang guru berikan, terima dengan hati terbuka. Dengar nasihat sekiranya diberi.

Bagaimana cinta kepada Kecemerlangan?. Sentiasa bersedia untuk menerima setiap kali ingin kesekolah. Betulkan niat ketika kaki melangkah masuk kekawasan sekolah. Kikis sikap "malas" supaya akan lebih suka dan minat terhadap ilmu.

0 comments:

Pembakar semangat