~Pengenalan~


Bermulanya disini...

Disinilah bermulanya penulis bersama-bersama seiring dalam menempuh jalan "pendidik" di Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi.

Masih terngiang-ngiang diminda bila mana diterima bekerja di Cahaya Ummi. Hari temuduga dinantikan seperti menunggu detik dilahirkan sebagai seorang bayi. Pertama kali dalam sejarah hidup penulis, akan berdepan dengan orang yang hebat didalam satu majlis yang dinamakan sebagai "sesi temuduga". Yang mana perasaan bercampur baur pada ketika itu. Degupan jantung agak laju berbanding biasa ditambah pula dengan rasa seperti ingin bertandang kebilik air untuk beberapa kali.

Walaupun penulis "agak banyak" mengikuti kem-kem motivasi yang dianjurkan sahabat-sahabat seperjuangan, ianya seperti kurang membantu bagi diri penulis. Walaubagaimanapun, berkat doa dan sedikit persediaan yang dilakukan sebelum sesi temuduga, telah membuatkan penulis dapat mengawal keadaan diri sendiri ketika mana ditemuduga.

Alhamdulillah.. setelah selesai sesi temuduga, penulis terus pulang kerumah tanpa menoleh kebelakang. Selang 2-3 minggu selepas sesi temuduga, penulis telah diberitahu tentang "telah diterima" bekerja sebagai seorang guru agama ataupun Ustaz di Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi.

Ketika penulis mula bertugas sebagai seorang guru, hanya penulis seorang sahaja guru lelaki. Selang seminggu bertugas bersendirian (guru lelaki), alhamdulillah...dapat seorang kawan (ustaz juga). Itulah dia Ustaz Ismail.

Itulah sedikit sebanyak berkenaan dengan "saat" dimana penulis diterima menjadi salah seorang guru di Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi.

0 comments:

Pembakar semangat