StRAtEGi!



Acapkali perkataan "strategi" terungkap dibibir seorang pemimpin yang berjiwa besar. Pemimpin itu beranggapan setiap apa yang dilakukan, mestilah dengan perancangan yang rapi ataupun nama lainnya STRATEGI!. Kita boleh ambil kata-kata daripada saidina Ali karamallahu wajhah tentang "satu perkara baik yang dilakukan tanpa dirancang akan ditewaskan oleh satu peraka yang tidak baik tetapi dengan perancangan yang rapi".

Atas dasar itulah, sebagai seorang pemimpin yang berwibawa amatlah tidak bertepatan sekiranya setiap apa yang dirinya lakukan adalah tanpa stategi. Kita boleh lihat bagaimana Khalid Al-Walid dalam kisah hidup beliau. Bagaimana dirinya sebagai seorang panglima perang, tidak pernah kalah jika dirinya adalah ketua peperangan tersebut. Kerana dia pandai mengatur "strategi" disamping iman yang tinggi kepada Allah s.w.t.

Kita juga boleh kaitkan strategi ini dengan perkataan "usaha". Allah s.w.t. lebih suka akan hambanya yang berusaha berbanding hambanya yang malas untuk berusaha. Jika sekiranya kita tidak berusaha, bagaimana Allah s.w.t. nak memperkenankannya?.

Selami kisah Nabi Ibrahim a.s . Ketika mana baginda ingin dibakar hidup oleh kaum baginda sendiri. Api yang begitu besar tidak memakan walau sedikit pun kulit baginda. Allah s.w.t. telah mengarahakn supaya api tersebut menjadi sejuk dan selamatlah Nabi Ibrahim didalamnya. Tetapi bukan kisah itu yang ingin penulis bawa. Kita lihat kisah disebaliknya, bagaimana ketiaka Nabi Ibrahim mula-mula dimasukkan kedalam api yang menjulang tinggi itu.

Seekor burung pipit telah "berusaha" untuk memadamkan api yang menjulang tinggi itu dengan mengisi air didalam paruhnya lalu dijatuhkan keatas api yang sedang marak menyala itu. Ketika kejadian itu, ada beberapa ekor burung lain yang sedang melihat kejadian itu tanpa berbuat apa-apa malah memperlekehkan perbuatan burung pipit berkenaan. Mereka mengatakan perbuatan si pipit tidak mendatangkan faedah langsung.

Si pipit menjawab balik dengan mengatakan "aku tahu air yang jatuh dari paruh aku ini tidak dapat memadamkan api yang sedang marak menyala itu, tetapi sekurang-kurangnya bila mana Allah s.w.t. bertanyakan padaku tentang 'apa yang telah aku buat untuk menolong Nabi Ibrahim ketika baginda dibakar' , aku akan mengatakan ' Ya Allah, aku telah berusaha sedaya yang aku mampu untuk memadamkan api itu' ".

Lihatlah, bagaimana "USAHA" itu sangat besar nilainya disisi Allah s.w.t.

Oleh itu, BERUSAHA dan Ber STRATEGI lah!!!

2 comments:

  IKIM . FM

19 Januari 2010 pada 6:51 PTG

bes pergi motivasi di Gombak tau . Laingkali jadilah anak soleh dan solehah yee

  http://www.fireflyz.com.my/

29 Januari 2010 pada 9:56 PTG

Yeyyyyy ... Kem Kali ni beraksi di MASJID WILAYAH PERSEKETUAN yang berhampirang JPWPKL rasakut ya saya tak tahu jangan tersilap anggap ye>>>>>>;;;
^_^ . yang saya tulis berdasarkan laman web wujud

Pembakar semangat