
Selang beberapa hari yang lalu, telah berlaku satu peristiwa yang cukup bermakna pada diri penulis. Yang mana, penulis menganggap ianya sebagai hari "amanah". Hari yang disebutkan adalah Majlis Rasmi Perlantikan Pengawas SRICU bagi tahun 2010.
Perkara yang paling mendebarkan antara yang mendebarkan, adalah mengumumkan Ketua dan Penolong Ketua pengawas. Penulis menganggap, ianya satu perkara yang sangat besar. Sekiranya tersalah pilih, mungkin akan menyebabkan salah guna kuasa dan sebagainya.
Alhamdulillah.. setelah berbincang dengan beberapa guru, akhirnya penulis sebagai guru pengawas telah membuat satu keputusan muktamad. DImana, keputusan ini bukan kerana "pilih kasih" tetapi ianya lebih kepada tanggungjawab.
Penulis juga tidak menekankan sangat aspek "garang" untuk menjadi seorang ketua pengawas dan penolong ketua pengawas. Apa yang sangat ingin penulis ketengahkan bila mana perlantikan pengawas berlaku adalah "kerjasama" sesama pengawas itu sendiri. Itu adalah lebih penting bagi penulis.
Memberikan arahan kepada seseorang tidak semestinya "garang" dan tidak semestinya ingin pelajar lain ikut arahan dengan pengawas berbadan besar. Bagi penulis, cukuplah sekiranya pengawas itu tahu tanggungjawabnya yang mesti dilaksanakan. Jika sudah menegur beberapa kali tetapi masih tidak ada kesan, mintalah bantuan rakan yang lebih "garang" ataupun "berbadan besar" yang mana boleh mendapatkan kesan yang baik pada si penerima arahan.
Pengawas-pengawas adalah laksana suatu banggunan. Setiap inci banggunan itu mempunyai tugas dan peranan masing-masing. Jika tiada salah satu tiang mahupun bahan banggunan yang sepatutnya ada, nescaya banggunan itu akan runtuh juga akhirnya.
Sampailah masanya penulis ingin berkongsi dengan pembaca sekalian berkenaan Ketua dan Penolong Ketua yang telah dipilih. Mereka adalah
(a) Nik Elia Anis Tahun 6 (Ketua Pengawas)
(b) Alif Saifuddin Tahun 5 (P.KEtua Pengawas)
Diharapkan dengan terlantiknya pengawas SRICU bagi tahun 2010 ini, dapatlah memberi contoh yang baik kepada semua pelajar dan juga dapat mengharumkan nama sekolah, Ibubapa, negara dan Agama Khususnya dimana sahaja....
Wallahu'alam...
C.L.I.F. Returns For Season 5 With New Leads Rebecca Lim and Pierre Png
7 tahun yang lalu
1 comments:
27 November 2010 pada 9:00 PG
dan saya...............
Catat Ulasan