Pastikan Digenggaman mu!!




Itulah gambaran dunia bagi orang-orang yang sentiasa ingat akan Allah s.w.t. Mereka meletakkan dunia ini didalam genggaman tangan mereka. Kenapa?

Supaya senang, diubah...dibentuk...dibawa... mengikut "acuan" yang telah ditetapkan oleh Islam. Samada mahu ataupun tidak, setiap hari kita akan terus melangkah. Melangkah dan terus melangkah tanpa dapat berpatah balik kebelakang walau seinci sekalipun. Itulah kehidupan yang kita lalui sekarang ini.

Untuk tidak "menyesal" dikemudian hari, berhati-hatilah dalam melangkah.

Jangalah kita meletakkan dunia diatas kepala seperti gambar dibawah ini.



letakkan "agama" kita diatas kepala dan dunia digenggaman tangan kita, nescaya selamatlah ketika dalam melangkah. Kerana apa??. Kerana bilamana kita memulakan langkahan pertama, sudah semestinya kita akan berjaga-jaga terhadap "benda" yang ada diatas kepala kita. Susah untuk mengawal benda yang berada diatas kepala berbanding benda yang berada didalam genggaman tangan.

Fikirkanlah!

0 comments:

Pembakar semangat