~PeNgAWaS 2009~


PENGAWAS 2009

Begitulah keadaannya bila mana bertemu didalam satu majlis. Pengawas-pengawas yang berbagai ragam ditambah pula dengan 2 orang guru yang "ceria" membuatkan PENGAWAS SRICU sering menjadi tumpuan sekolah. (^_^)

Walaupun kuantiti mereka tidak seramai pengawas di sekolah kebangsaan yang lain, mereka tetap bersemangat dan cekal dalam menjalankan tugasan yang telah diamanahkan. Berbekalkan semangat yang dilontarkan oleh Guru Besar kesayangan Puan Ummi Norliza, ditambah pula dengan kata-kata semangat yang diberikan oleh guru di SRICU membuatkan mereka tidak kenal erti penah lelah bilamana menjalankan tugas.

Pengawas 2009 telah diketuai oleh Naimuddin dari tahun 6 dan dibantu oleh Nik ELia dari tahun 5 selaku penolong ketua pengawas. Masing-masing mempunyai "kelebihan" yang mana, kelebihan tadi saling lengkap-melengkapi untuk memacu perahu layar mereka di SRICU.

Kebiasaannya, pengawas akan mengadakan perjumpaan bersama guru pengawas selepas solat zohor. Dalam seminggu, kadang-kadang boleh mencecah 5 kali dan paling sedikit adalah seminggu sekali. Banyak perkara yang dibincangkan oleh pengawas bersama GURU PENGAWAS.

Pengawas memang tidak boleh lari daripada "herdikan" dan "teriakan" daripada Guru Disiplin sekolah mahupun guru-guru yang lain. Bukan kerana pengawas asyik buat salah, tetapi guru-guru tersebut mengangap, pengawas sebagai "Role Model" kepada pelajar-pelajar lain. Kalau Pengawas pun boleh buat salah, inikan pula pelajar-pelajar biasa. Ini kerana, jawatan sebagai pengawas adalah sangat besar sekali pada pandangan guru-guru

Apa yang penulis boleh katakan pada pengawas 2009 untuk kesempatan yang ada ini adalah "semoga kalian berjaya didunia dan akhirat.... jadilah anak yang soleh dan solehah yang mana dapat membalas jasa ibu dan ayah di suatu masa kelak".

wassalam....

0 comments:

Pembakar semangat